Selasa, 23 November 2021 | 4:19pm
Orang ramai berkumpul di kawasan itu dan sukarelawan membantu mencari mangsa yang hilang. - Foto AGENSI
Orang ramai berkumpul di kawasan itu dan sukarelawan membantu mencari mangsa yang hilang. - Foto AGENSI

6 maut, 11 cedera feri karam

COLOMBO: Enam orang, termasuk empat murid sekolah terbunuh dan 11 lagi cedera apabila feri yang mereka naiki karam di timur Sri Lanka, pagi hari ini.

Polis negara itu melaporkan, feri yang turut dinaiki kanak-kanak sekolah itu terbalik di Kinniya, Trincomalee dan pasukan selam skuba tentera laut negara itu menjalankan misi mencari dan menyelamat.

Saksi memberitahu Xinhua, orang ramai berkumpul di kawasan itu dan sukarelawan tempatan membantu pasukan keselamatan mencari mangsa yang hilang.

Beberapa murid sekolah antara yang tersenarai hilang, manakala 11 individu yang cedera dihantar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Polis melaporkan, feri itu terbalik akibat muatan berlebihan. - BERNAMA

Berita Harian X