Ahad, 10 Oktober 2021 | 9:27am
Gambar hiasan. - Foto Google
Gambar hiasan. - Foto Google

Iran tingkatkan pengayaan uranium melebihi 120 kilogram

TEHRAN: Iran mendakwa berjaya tingkatkan aktiviti pengayaan lebih 120 kilogram daripada 20 peratus uranium, kata ketua agensi tenaga atom negara itu menerusi televisyen kebangsaan semalam.

"Kita kini sudah lebih (pengayaan uranium) melebihi 120 kilogram. Kita jangka angka ini lebih banyak lagi.

"Rakyat kita tahu dengan lebih lanjut bahawa mereka (kuasa Barat) mahu memberikan kita bahan bakar yang diperkayakan hingga 20 peratus untuk digunakan di reaktor Tehran, tetapi mereka tidak berbuat demikian.

"Jika rakan kita tidak berbuat demikian, secara amnya kita mempunyai masalah kekurangan bahan bakar untuk reaktor Tehran," kata Ketua Pertubuhan Tenaga Atom Iran, Mohammad Eslami.

September lalu, Agensi Atom Antarabangsa melaporkan Iran sedang meningkatkan pengayaan uranium melebihi peraturan yang dibenarkan dalam perjanjian 2015 dengan kuasa dunia.

Iran dipercayai mempunyai simpanan 84.3 kilogram uranium diperkayakan hingga 20 peratus (naik daripada 62.8 kilogram ketika IAEA terakhir dilaporkan pada Mei lalu).

Berdasarkan perjanjian itu, Iran tidak sepatutnya melakukan aktiviti pengayaan uranium melebihi 3.67 peratus, di bawah nilai ambang 90 peratus yang diperlukan dalam pensenjataan nuklear.

Menurut perjanjian 2015, China, Perancis, Jerman, United Kingdom and AS bersetuju untuk menarik balik beberapa sekatan terhadap Iran jika Tehran mengurangkan program nuklearnya.

Namun sejak Presiden AS, Donald Trump menarik Washington keluar dari perjanjian itu pada 2018, Tehran turut meninggalkan komitmen mereka di bawah perjanjian itu mengakibatkan AS memberi reaksi dengan mengenakan sekatan baharu.

Jumaat lalu, Menteri Luar, Hossein Amir-Abdollahian mengataan bahawa dia optimis untuk berbincang mengadakan semula perjanjian 2015 dengan syarat, Washington kembali memenuhi komitmennya. - AFP

Berita Harian X