Rabu, 8 September 2021 | 7:18am
Pejuang Taliban berkawal ketika wanita Afghanistan melaungkan slogan anti Pakistan dalam protes di Kabul. - foto AFP
Pejuang Taliban berkawal ketika wanita Afghanistan melaungkan slogan anti Pakistan dalam protes di Kabul. - foto AFP

2 maut, 8 cedera dalam protes anti Taliban

KABUL: Seorang doktor berkata dua orang terbunuh dan lapan lagi cedera dalam protes anti Taliban di Herat, barat Afghanistan semalam.

"Mayat mereka di bawa ke hospital di pusat bandar dari lokasi protes dan kedua-duanya didapati mempunyai kesan tembakan," katanya yang enggan dikenali kepada AFP.

Terdahulu, Taliban dilaporkan melepaskan tembakan ke udara bagi menyuraikan orang ramai yang berkumpul bagi mengadakan demonstrasi anti-Pakistan di ibu negara itu, protes paling baharu sejak gerakan Islam itu berkuasa bulan lalu.

Demonstrasi kecil dan terpencil berlaku di beberapa bandar termasuk ibu negara Kabul, Herat dan Mazar-i-Sharif.

Sekurang-kurangnya 70 orang, kebanyakannya wanita berkumpul di luar kedutaan Pakistan sambil memegang sepanduk dan melaungkan campur tangan Islamabad, yang sekian lama dituduh mempunyai hubungan rapat dengan gerakan Taliban.

Kakitangan AFP menyaksikan anggota Taliban melepaskan tembakan ke udara untuk menyuraikan orang ramai. - AFP

Berita Harian X