Sabtu, 29 Mei 2021 | 12:07pm
Pejuang Ezz-Al Din Al-Qassam Brigades, mempamerkan senjata mereka dalam perarakan di Rafah, seminggu selepas gencatan senjata dengan Israel. - Foto AFP
Pejuang Ezz-Al Din Al-Qassam Brigades, mempamerkan senjata mereka dalam perarakan di Rafah, seminggu selepas gencatan senjata dengan Israel. - Foto AFP

Pejuang Hamas pamer senjata di Gaza

BANDAR GAZA (WILAYAH PALESTIN): Ribuan pejuang Hamas mengadakan perbarisan tentera di Rafah, di selatan Semenanjung Gaza, seminggu selepas gencatan senjata dengan Israel dilaksanakan.

Dengan memegang senjata, anggota Briged Ezzedine al-Qassam yang bertopeng, angkatan bersenjata Hamas iaitu kumpulan yang mentadbir Gaza berarak melalui bandar selatan, menurut wartawan AFP.

Pejuang Hamas mempamerkan senjata ketenteraan dengan menaiki pikap termasuk pelancar roket dan dron dengan sekumpulan orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak, bersorak sebagai sokongan.

Gencatan senjata yang dipimpin Mesir berkuat kuasa 21 Mei lalu dilaksanakan selepas 11 hari pengeboman Israel di Gaza dan tembakan roket ke arah Israel sepanjang pesisiran pantai bermula 10 Mei.

Pejuang Hamas, anggota Briged Ezzedine al-Qassam mengadakan perbarisan tentera di Rafah. - Foto AFP

Dengan memegang senjata, anggota Briged Ezzedine al-Qassam yang bertopeng, angkatan bersenjata Hamas iaitu kumpulan yang mentadbir Gaza berarak melalui bandar selatan Semenanjung Gaza. - Foto AFP
Dengan memegang senjata, anggota Briged Ezzedine al-Qassam yang bertopeng, angkatan bersenjata Hamas iaitu kumpulan yang mentadbir Gaza berarak melalui bandar selatan Semenanjung Gaza. - Foto AFP

Pejuang Ezz-Al Din Al-Qassam Brigades menyertai perarakan di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. - Foto AFP
Pejuang Ezz-Al Din Al-Qassam Brigades menyertai perarakan di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. - Foto AFP

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, serangan Israel ke atas Gaza mengorbankan 248 rakyat Palestin, termasuk 66 kanak-kanak, dan mencederakan lebih 1,900 orang.

Pasukan perubatan memaklumkan serangan roket dan tembakan lain dari Gaza meragut 12 nyawa penduduk Israel, termasuk seorang kanak-kanak dan seorang remaja Arab-Israel; seorang tentera Israel, seorang warga India; dan dua warga Thailand dan kira-kira 357 orang dilaporkan cedera.

Bagaimanapun, wujud pertikaian mengenai jumlah sebenar pejuang dan orang awam yang terkorban di Gaza.

Hamas mengadakan beberapa siri demonstrasi pasca gencatan senjata di seluruh Semenanjung Gaza termasuk di Khan Yunis dan juga di wilayah selatan yang disekat Israel. - AFP

Orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak, bersorak sebagai sokongan kepada perbarisan tentera di Rafah. - Foto AFP
Orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak, bersorak sebagai sokongan kepada perbarisan tentera di Rafah. - Foto AFP

Pejuang Hamas mempamerkan senjata ketenteraan dengan menaiki pikap termasuk pelancar roket. - Foto AFP
Pejuang Hamas mempamerkan senjata ketenteraan dengan menaiki pikap termasuk pelancar roket. - Foto AFP

Berita Harian X