Jumaat, 14 Mei 2021 | 8:27am
Asap dan api marak dilihat dari jauh akibat serangan udara rejim zionis Israel di utara Semenanjung Gaza, malam tadi. - Foto EPA
Asap dan api marak dilihat dari jauh akibat serangan udara rejim zionis Israel di utara Semenanjung Gaza, malam tadi. - Foto EPA

Israel nafi tenteranya memasuki Gaza

BAITULMAQDIS: Tentera Israel awal pagi ini menjelaskan bahawa tenteranya belum memasuki Semenanjung Gaza seperti yang dilaporkan media sebelumnya.

Mereka mendakwa berlaku masalah "komunikasi dalaman" sehingga menimbulkan kekeliruan itu.

Selepas tengah malam tadi, tentera menghantar mesej kepada pihak media bahawa pasukan itu berada di Semenanjung Gaza, dan ia turut disahkan kepada AFP oleh jurucakap tentera.

Tetapi dua jam kemudian, tentera menerbitkan pengesahan yang mengatakan bahawa 'tidak ada tentera' di Semenanjung Gaza. - AFP

Terdahulu, media melaporkan rejim Zionis Israel memasuki Semenanjung Gaza sebagai sebahagian daripada operasi ketenteraan bagi menentang kumpulan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

"Pesawat Israel dan tentera akan melakukan serangan di Semenanjung Gaza," kata tentera dalam mesej ringkas.

Jurucakap tentera, Jonathan Conricus turut mengesahkan bahawa tentera Israel sudah memasuki wilayah Palestin.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan skala operasi ketenteraan itu. - AFP

Berita Harian X