Jumaat, 14 Mei 2021 | 7:46am
Penduduk Palestin di timur Semenanjung Gaza meninggalkan rumah mereka bagi mencari perlindungan berikuatan tentera zionis Israel terus melancarkan serangan roket di bandar itu. - Foto AFP
Penduduk Palestin di timur Semenanjung Gaza meninggalkan rumah mereka bagi mencari perlindungan berikuatan tentera zionis Israel terus melancarkan serangan roket di bandar itu. - Foto AFP

Konflik Israel-Palestin: Lebih 100 maut di Gaza

BAITULMAQDIS: Jumlah kematian akibat konflik Israel-Palestin sejak empat hari lalu, terus meningkat kepada lebih 100 orang dan rejim Zionis dikesan menambah operasi ketenteraan termasuk ke sempadan Semenanjung Gaza.

Sejak serangan yang berlaku pada penghujung Ramadan itu iaitu Isnin lalu, sekurang-kurangnya 103 orang maut termasuklah 27 kanak-kanak manakala 580 lagi cedera. Ia disahkan Kenteri Kesihatan Palestin di Gaza.

Di Israel pula, tujuh termasuk seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut.

Ancaman itu terus meningkat termasuk rusuhan pertempuran antara penduduk Palestin dan kumpulan ekstrim Yahudi di beberapa bandar.

Puluhan roket dilihat ditembak dari Gaza ke bandar di selatan Semenanjung Israel, Ashdod dan Ashkelan termasuk lapangan terbang Ben Gurion di Tel Aviv.

Jurucakap tentera Israel, Jonathan Conricus mendedahkan, senario di situ memuncak namun mereka sudah bersedia untuk berdepan dengan suasana lebih tegang.

Jurugambar AFP di Gaza pula mendedahkan, penduduk terpaksa mengosongkan kediaman mereka kerana bimbang dengan serangan Israel.

Malah tunjuk perasaan di beberapa bandar juga semakin tegang dengan penunjuk perasaan dipukul manakala balai polis pula diserang.

Susulan itu, Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz mengeluarkan arahan untuk mengekang secara besar-besaran bagi mengatasi ketegangan itu daripada terus berlarutan.

Tentera udara Israel sebelum ini melancarkan serangan dengan mensasarkan lokasi yang dikaitkan dengan Hamas dan mendakwa ia adalah 'markas tentera' kepada pergerakan itu.

Tentera Israel sejak itu mendakwa mereka mensasarkan lebih 600 serangan di Gaza dengan ratusan roket pula berjaya dipintas oleh sistem pertahanan udara Iron Dome.

Mereka mendakwa serangan juga dilancar dari selatan Lebanon namun di tersasar ke Laut Mediterranean namun sumber Hezbollah menafikan ia tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan syiah Lebanon.

Kemuncak ketegangan ini berlaku ekoran kemarahan selepas keluarga Palestin di kawasan pendudukan Sheikh Jarrah di timur Baitulmaqdis dipaksa keluar dan sehingga kini sebanyak 400 orang sudah ditahan. - AFP

Berita Harian X