Jumaat, 14 Mei 2021 | 6:10am
Keluarga rakyat Palestin berlindung di sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di bandar Gaza semalam. Rejim zionis Israel mula memasuki Semenanjung Gaza bagi menentang Hamas. - Foto AFP
Keluarga rakyat Palestin berlindung di sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di bandar Gaza semalam. Rejim zionis Israel mula memasuki Semenanjung Gaza bagi menentang Hamas. - Foto AFP

Tentera Israel mula memasuki Semenanjung Gaza

BAITULMAQDIS: Rejim Zionis Israel hari ini memasuki Semenanjung Gaza sebagai sebahagian daripada operasi ketenteraan bagi menentang kumpulan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

"Pesawat Israel dan tentera akan melakukan serangan di Semenanjung Gaza," kata tentera dalam mesej ringkas.

Jurucakap tentera, Jonathan Conricus mengesahkan bahawa tentera Israel sudah memasuki wilayah Palestin.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan skala operasi ketenteraan itu.

Jumlah kematian akibat konflik Israel-Palestin sejak empat hari lalu, terus meningkat kepada lebih 100 orang dan rejim Zionis dikesan menambah operasi ketenteraan termasuk ke sempadan Semenanjung Gaza.

Sejak serangan yang berlaku pada penghujung Ramadan itu iaitu Isnin lalu, sekurang-kurangnya 103 orang maut termasuklah 27 kanak-kanak manakala 580 lagi cedera. Ia disahkan Kenteri Kesihatan Palestin di Gaza.

Di Israel pula, tujuh termasuk seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut.

Ancaman itu terus meningkat termasuk rusuhan pertempuran antara penduduk Palestin dan kumpulan ekstrim Yahudi di beberapa bandar.

- AFP

Berita Harian X