Selasa, 11 Mei 2021 | 7:13am
Israel melancarkan serangan ke atas Gaza semalam yang mengorbankan 20 orang awam termasuk sembilan kanak-kanak. - Foto EPA
Israel melancarkan serangan ke atas Gaza semalam yang mengorbankan 20 orang awam termasuk sembilan kanak-kanak. - Foto EPA

20 maut serangan udara Israel ke atas Gaza

BALTULMAQDIS: Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh termasuk sembilan kanak-kanak dan seorang komander kanan Hamas serta mencederakan 65 yang lain dalam serangan udara oleh Israel, semalam.

Serangan itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap roket dilancarkan Hamas dan pejuang Palestin susulan keganasan dicetuskan rejim Israel di pekarangan Masjid Al-Aqsa.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata Hamas melampaui batas dengan mengarahkan peluru berpandu ke arah Bailtulmaqdis menyebabkan negara Yahudi itu bertindak balas dengan kekuatan.

"Kami tidak akan bertolak ansur dengan serangan di wilayah, ibu kota, warganegara dan tentera kami. Mereka yang menyerang kami akan membayar harga yang tinggi," katanya.

Sistem Pertahanan Udara Iron Dome memintas roket dilancarkan dari Gaza. - Foto AFP
Sistem Pertahanan Udara Iron Dome memintas roket dilancarkan dari Gaza. - Foto AFP

Serangan udara oleh Israel, semalam. - Foto AFP
Serangan udara oleh Israel, semalam. - Foto AFP

Israel melancarkan serangan ke atas Gaza semalam yang mengorbankan 20 orang awam termasuk sembilan kanak-kanak. - Foto AFP
Israel melancarkan serangan ke atas Gaza semalam yang mengorbankan 20 orang awam termasuk sembilan kanak-kanak. - Foto AFP

Jurucakap tentera, Jonathan Conricus berkata, pihaknya sudah bermula dan akan menyerang sasaran ketenteraan di Gaza.

"Kami sudah membuat persiapan untuk pelbagai senario termasuk berintensiti tinggi," katanya yang sudah menyasarkan dua pelancar roket, dua pos tentera, sebuah terowong dan lapan operasi Hamas di Gaza.

Sementara itu, Hamas yang menguasai Tebing Gaza mengingatkan Israel untuk menarik semua tenteranya dari pekarangan masjid dan daerah Sheikh Jarrah.

Jurucakap Hamas, Briged Qassam mengatakan serangan roket itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Israel di Sheikh Jarrah dan di sekitar masjid Al-Aqsa.

"Ini adalah pesanan yang harus difahami oleh musuh dengan baik, jika anda bertindak balas, kami akan bertindak balas dan jika anda meningkat, kami akan meningkat," katanya.

Serangan udara oleh Israel, semalam. - Foto AFP
Serangan udara oleh Israel, semalam. - Foto AFP

Keganasan meningkat selepas polis Israel bertempur dengan jemaah Palestin di pekarangan masjid Al-Aqsa yang mencederakan ratusan orang.

Hamas memberikan tarikh akhir kepada Israel untuk mengosongkan Al-Aqsa, laman suci ketiga orang Islam.

Tidak lama selepas tarikh akhir berakhir, Hamas dan kumpulan bersenjata lain di Gaza yang disekat Israel melepaskan deretan roket ke arah Israel, termasuk Baitulmaqdis.

Sementara itu, tentera Israel mendakwa serangan balas udara rejim mengena 130 sasaran ketenteraan dan membunuh 15 pejuang Hamas dan anggota Jihad Islam.

"Kami menyerang 130 sasaran ketenteraan yang kebanyakannya dimiliki oleh Hamas," kata Conricus kepada wartawan.

"Menurut perkiraan, kami membunuh 15 pejuang Hamas dan Jihad Islam," katanya.

Conricus berkata, lebih 200 roket ditembak dari Gaza sejak semalam dengan lebih 90 peratus daripadanya dipintas oleh sistem pertahanan Iron Dome Israel. - AFP

Berita Harian X