Isnin, 3 Mei 2021 | 7:00pm
Pesakit COVID-19 yang mendapat bantuan pernafasan oksigen cuba ditenangkan anggota keluarganya di Ghaziabad, India. - Foto AFP
Pesakit COVID-19 yang mendapat bantuan pernafasan oksigen cuba ditenangkan anggota keluarganya di Ghaziabad, India. - Foto AFP

Jangkitan COVID-19 India menghampiri 29 juta kes

NEW DELHI: Jumlah kes COVID-19 di India mencecah 19,925,604 jangkitan semalam, dengan sebanyak 392,488 kes baru dilaporkan dalam 24 jam, kata kementerian kesihatan negara itu.

Sebanyak 3,689 kematian dilaporkan sejak pagi kelmarin, membawa jumlah kematian kepada 218,959 kes setakat hari ini.

Terdapat sejumlah 3,349,644 kes aktif di negara itu, dengan kenaikan 80,934 kes kelmarin manakala 15,992,271 pesakit disahkan pulih dan keluar dari hospital di serata India.

Hampir 10 negeri dan wilayah di India mengenakan pelbagai bentuk sekatan, meskipun pemerintah negara masih keberatan mengenakan sekatan peringkat nasional.

Wilayah timur Odisha adalah wilayah terbaru mengumumkan sekatan dua minggu, menyertai Delhi, Maharashtra, Karnataka dan Bengal Barat.

Wilayah lain, termasuk Uttar Pradesh, Telengana, Assam, Andhra Pradesh dan Rajasthan, yang sudah melaksanakan perintah berkurung pada waktu malam atau sekatan pada hujung minggu.

Akhbar The Indian Express melaporkan semalam bahawa pasukan bertindak COVID-19 negara itu sudah menasihatkan pemerintah untuk mengenakan sekatan peringkat nasional. - AGENSI

Berita Harian X