Khamis, 29 April 2021 | 10:53am
Tangkap layar video di Twitter menunjukkan suspek yang terbabit dalam serangan di prasekolah ditahan anggota polis.
Tangkap layar video di Twitter menunjukkan suspek yang terbabit dalam serangan di prasekolah ditahan anggota polis.

2 kanak-kanak terbunuh dalam serangan di prasekolah

BEILIU: Dua kanak-kanak terbunuh, manakala 16 individu lain cedera selepas seorang lelaki bersenjatakan pisau memecah masuk sebuah prasekolah di selatan China.

Dua daripadanya parah dalam kejadian tikaman di bandar Beiliu, dalam wilayah autonomi Guangxi Zhuang.

Polis sudah menahan suspek dan siasatan mengenai serangan berkenaan sedang dijalankan.

Motif serangan masih belum diketahui, namun suspek dilaporkan memecah masuk tadika itu kira-kira jam 2 petang.

Media tempatan melaporkan, dua kanak-kanak terbunuh akibat cedera parah, dua lagi mangsa yang parah sedang menjalani pembedahan, manakala 14 lagi menjalani rawatan perubatan.

Kejadian serupa pernah berlaku pada tahun 2019 apabila lapan kanak-kanak terbunuh dalam serangan di sebuah sekolah dekat wilayah Hubei.

Malah, pada tahun 2018, sembilan murid sebuah sekolah di utara China dibunuh ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Serangan menggunakan pisau di sekolah menyaksikan berlaku peningkatan kes sejak kebelakangan ini.

Suspek yang dikesan melakukan perbuatan itu antaranya menghidap penyakit mental atau sengaja membalas dendam terhadap individu dikenali mereka. - AGENSI

Berita Harian X