Rabu, 28 April 2021 | 9:57pm
Gambar hiasan
Gambar hiasan

16 kanak-kanak cedera ditikam dalam serangan di tadika

MOSCOW: Seorang yang tidak dikenali menyerang sebuah tadika dengan pisau di wilayah autonomi Guangxi selatan China, menyebabkan 16 kanak-kanak dan dua guru cedera, lapor Sputnik, memetik laporan China Central Television, hari ini.

Kejadian berlaku di bandar Beiliu sekitar jam 2 petang waktu tempatan.

Dua kanak-kanak berada dalam keadaan kritikal.

Polis telah menahan suspek, yang dikenal pasti sebagai penduduk tempatan berusia 24 tahun. - BERNAMA

Berita Harian X