Selasa, 13 April 2021 | 7:20pm
Gambar fail menunjukkan kapal tentera laut China mengadakan latihan. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan kapal tentera laut China mengadakan latihan. - Foto AFP

Pasukan terbesar tentera udara China ceroboh Taiwan

TAIPEI: Taiwan mengesan 25 pesawat tentera udara China, termasuk pesawat pejuang dan pengebom nuklear, memasuki zon pengenalan pertahanan udaranya (ADIZ) semalam.

Meskipun tiada kenyataan segera daripada Beijing, tindakan itu berlaku selepas Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).

Penemuan itu menyaksikan mengeluarkan garis panduan baharu Jumaat lalu, yang membolehkan pegawai AS bertemu pegawai Taiwan lebih kerap, sekali gus mengukuhkan hubungan dengan Taipei.

Kementerian Pertahanan Taiwan berkata penerbangan tentera udara China itu merangkumi 14 pesawat pejuang J-16 dan empat J-10.

Ia diiringi empat pengebom H-6K yang berkeupayaan membawa peledak nuklear, dua pesawat antikapal selam dan sebuah pesawat amaran awal.

Ia adalah kumpulan pesawat terbesar sejak kementerian itu mula melaporkan kegiatan Tentera Udara China secara kerap di ADIZ Taiwan sejak tahun lalu.

Menurut kementerian itu, pesawat pejuang Taiwan dikerah bagi memintas dan memberi amaran terhadap pesawat China, di samping sistem peluru berpandu turut digerakkan bagi memantau keadaan.

Semua pesawat China itu terbang di kawasan berhampiran Kepulauan Pratas, berdasarkan peta yang disediakan oleh Kementerian Pertahanan Taiwan.

Taiwan yang dituntut China, beberapa kali mendakwa pesawat tentera udara China menghampiri negara itu sejak beberapa bulan lalu, khususnya di kawasan zon pertahanan udara berhampiran Kepulauan Pratas.

Sebelum ini, China menyatakan misi penerbangan seumpamanya adalah bagi melindungi kedaulatan negara itu dan tindak balas terhadap 'pakatan sulit' antara Taipei dan Washington.

AS, yang tidak memiliki sebarang hubungan diplomatik rasmi dengan Taiwan, sama seperti kebanyakan negara lain, memerhatikan dengan berjaga-jaga peningkatan ketegangan dengan Beijing. - AGENSI

Berita Harian X