Selasa, 12 Januari 2021 | 6:53pm
Letupan di lombong emas di Shandong, China menutup pintu keluar dan merosakkan alat perhubungan, menyebabkan pihak berkuasa tidak dapat menghubungi 22 pelombong yang terperangkap. – AFP
Letupan di lombong emas di Shandong, China menutup pintu keluar dan merosakkan alat perhubungan, menyebabkan pihak berkuasa tidak dapat menghubungi 22 pelombong yang terperangkap. – AFP

22 terperangkap dalam letupan lombong emas

BEIJING: Seramai 22 pelombong emas terperangkap sejak dua hari lalu selepas berlaku letupan di sebuah lombong dalam pembinaan di Timur China.

Kejadian berhampiran bandar Qixia dekat wilayah Shandong itu merosakkan tangga keluar dan sistem komunikasi lombong, menyebabkan pihak berkuasa tidak dapat berhubung dengan mangsa.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sudah dikerah ke lokasi kejadian di lombong milik Shandong Wucailong Investment Co Ltd itu bagi menyelamatkan semua mangsa yang terperangkap.

Kemalangan membabitkan perlombongan sering berlaku di China yang mana industri itu dikesan memiliki rekod keselamatan yang buruk serta kelemahan penguatkuasaan undang-undang berkaitan.

Pada Disember tahun lalu, 23 pelombong terbunuh selepas terperangkap dalam runtuhan lombong dekat Chongqing dan sebulan kemudian, 16 lagi individu terkorban akibat keracunan karbon monoksida selepas terperangkap dalam lombong arang batu. - AFP

Berita Harian X