Isnin, 4 Januari 2021 | 1:13pm
Perdana Menteri, Jepun Yoshihide Suga. - Foto AFP
Perdana Menteri, Jepun Yoshihide Suga. - Foto AFP

COVID-19: Jepun mungkin isytihar darurat di Tokyo, 3 wilayah lain

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga hari ini berkata, kerajaan merancang mengisytiharkan darurat di Tokyo dan tiga wilayah sekitarnya berikutan peningkatan kes COVID-19, lapor Agensi Berita Xinhua.

Pada sidang media pertama tahun 2021, Suga turut berkata Jepun merancang memulakan vaksinasi COVID-19 bermula akhir Februari.

Sebelum ini pada April Jepun pernah mengisytiharkan darurat.

Berikutan lonjakan kes baru-baru ini, Gabenor Tokyo Yuriko Koike dan rakan sejawatannya di Chiba, Kanagawa dan Saitama Sabtu lalu mendesak kerajaan pusat mengisytiharkan darurat. - BERNAMA

Berita Harian X