Isnin, 28 Disember 2020 | 8:04pm
Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

Sekurang-kurangnya 7 maut dalam serangan pisau di China

BEIJING: Sekurang-kurangnya tujuh mangsa dilaporkan terbunuh manakala tujuh lagi cedera dalam serangan menggunakan pisau di luar sebuah pusat sauna di timur laut China.

Media tempatan melaporkan, serangan berlaku di bandar Kaiyuan dalam wilayah Liaoning petang semalam.

Suspek yang dikenali dengan nama keluarga Yang sudah ditangkap pihak polis, namun motif serangan masih belum diketahui.

Kes jenayah bersenjatakan pisau atau bahan letupan buatan sendiri bukan perkara baharu di China di mana penggunaan senjata api dikawal ketat.

Lazimnya, penjenayah dalam kes seumpama itu adalah pesakit mental atau mahu membalas dendam terhadap masyarakat.

Sebelum ini, dalam satu serangan di tadika Jun lalu membabitkan pengawal keselamatan bersenjatakan pisau mengakibatkan sekurang-kurangnya 39 orang di Guangxi, wilayah selatan, yang mana pelakunya dihukum mati.

Pada 2018, lelaki bersenjatakan pisau membunuh seorang mangsa dan mencederakan 12 lagi di sebuah pusat membeli-belah di Beijing. - AGENSI

Berita Harian X