Ahad, 27 Disember 2020 | 6:53pm
Tujuh maut dan tujuh lagi cedera dalam serangan bersenjatakan pisau di timur laut Chin. - Foto AFP
Tujuh maut dan tujuh lagi cedera dalam serangan bersenjatakan pisau di timur laut Chin. - Foto AFP

Sekurang-kurangnya 7 mati serangan pisau di timur laut China

BEIJING: Sekurang-kurangnya tujuh maut dan tujuh lagi cedera dalam serangan bersenjatakan pisau di timur laut China, lapor media tempatan.

Serangan di bandar Kaiyun di wilayah Liaoning dilakukan di luar sauna dan rumah mandi.

Suspek, yang dikenali sebagai Yang sudah ditahan tetapi motif serangan masih belum diketahui.

Undang-undang China melarang penjualan dan pemilikan senjata api, dan serangan besar-besaran umumnya dilakukan dengan pisau atau bahan letupan buatan sendiri.

Pelaku serangan sedemikian sejak dulu digambarkan sebagai sakit jiwa atau dendam terhadap masyarakat.

Dalam serangan sebelum ini, seorang pengawal keselamatan sekolah yang menggunakan pisau mencederakan sekurang-kurangnya 39 orang di sebuah tadika di wilayah selatan Guangxi pada Jun lalu dan pelakunya dihukum mati.

Pada tahun 2018, seorang lelaki membunuh seorang dan mencederakan 12 yang lain dalam serangan pisau di sebuah pusat membeli-belah di Beijing. - AGENSI

Berita Harian X