Sabtu, 5 Disember 2020 | 1:17pm
Penyelamat giat menjalankan kerja-kerja menyelamatkan lima lagi mangsa yang masih terperangkap. - Foto AFP
Penyelamat giat menjalankan kerja-kerja menyelamatkan lima lagi mangsa yang masih terperangkap. - Foto AFP

Kebocoran gas di lombong, 18 maut

BEIJING: Seramai 18 pelombong disahkan meninggal dunia hari ini selepas kejadian kebocoran gas monoksida di lombong arang batu di barat daya China, semalam.

Media rasmi negara itu melaporkan bahawa pasukan penyelamat kini giat menjalankan kerja-kerja menyelamatkan lima lagi mangsa yang masih terperangkap.

CCTV melaporkan terdapat 24 pelombong ketika kejadian di sebuah lombong di Diaoshuidong, Chongqing itu.

Sehingga pagi ini, seorang mangsa berjaya diselamatkan, manakala 18 lagi individu disahkan meninggal dunia.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika pekerja sedang meleraikan peralatan melombong.

Sebelum ini, lombong itu ditutup selama dua bulan.

Pada 2013, seramai tiga orang meninggal dunia dalam kemalangan di lokasi sama, lapor Xinhua.

Kemalangan di lombong bukan perkara baru di China.

September lalu, seramai 16 pekerja lombong terbunuh di satu lagi lombong di pinggir Chongqing selepas tali sawat penyampai disambar api dan menyebabkan paras karbon monoksida tiba-tiba meningkat kepada paras bahaya. - AFP

Berita Harian X