Sabtu, 14 November 2020 | 5:51pm
Bandar Ayodhya di India utara mengekalkan rekod dunia Guinness untuk tahun kedua berturut-turut dengan nyalaan sebanyak 606,569 lampu minyak. - Foto EPA
Bandar Ayodhya di India utara mengekalkan rekod dunia Guinness untuk tahun kedua berturut-turut dengan nyalaan sebanyak 606,569 lampu minyak. - Foto EPA

India kekalkan rekod dunia nyalaan lampu minyak

LUCKNOW: Bandar Ayodhya di India utara mengekalkan rekod dunia Guinness untuk tahun kedua berturut-turut dengan nyalaan sebanyak 606,569 lampu minyak dan menyala sekurang-kurangnya 45 minit sebagai sebahagian daripada perayaan Deepavali.

Ribuan sukarelawan menyalakan pelita yang disebut diya di sepanjang tebing Sungai Saryu, melalui lorong-lorong dan di rumah-rumah ketika waktu senja di Ayodhya semalam, di mana masyarakat Hindu percaya bahawa dewa Ram dilahirkan dan kembali selepas 14 tahun diasingkan.

Tahun lalu, bandar itu menyalakan sebanyak 409,000 lampu minyak.

Jurucakap kerajaan negeri Uttar, Pradesh Shishir Kumar, berkata lampu adalah pemandangan yang menakjubkan bagi ribuan pengunjung yang memenuhi tebing sungai, tanpa mempedulikan norma penjarakan sosial berikutan virus COVID-19.

Wakil Guinness World Records menyerahkan sijil kepada pegawai negeri, Yogi Adityanath, selepas memantau upacara dengan kamera yang dipasang di dron, menurut Kumar.

Pesta lampu tahun ini diadakan selepas Mahkamah Tinggi India membenarkan pembinaan kuil Ram di Ayodhya, sekali gus menamatkan prosiding undang-undang yang lama antara penganut Hindu dan Muslim mengenai pemilikan tanah itu.

Orang-orang Hindu percaya bahawa sebuah kuil ada di tempat yang dirobohkan oleh Mughal pada abad ke-15 untuk membina sebuah masjid di sana.

Radikal Hindu merobohkan masjid pada tahun 1992 ketika prosiding undang-undang masih berjalan. - AGENSI

Berita Harian X