Selasa, 18 Ogos 2020 | 10:27pm
Australia akan memberi vaksin COVID-19 percuma untuk semua rakyat. - Foto hiasan AFP
Australia akan memberi vaksin COVID-19 percuma untuk semua rakyat. - Foto hiasan AFP

COVID-19: Vaksin percuma untuk rakyat Australia

SYDNEY: Australia berjaya memperoleh akses ke atas vaksin COVID-19, kata Perdana Menteri hari ini dan negara itu akan mengeluarkan dos percuma untuk semua rakyat.

Perdana Menteri, Scott Morrison, berkata Australia mencapai perjanjian bersama syarikat farmaseutikal Sweden-Britain, AstraZeneca bagi menerima vaksin berkenaan yang dibangunkan bersama Universiti Oxford.

"Vaksin Oxford antara yang paling canggih, dan menerusi perjanjian ini, kami berjaya memperoleh akses untuk semua rakyat Australia.

"Jika vaksin ini terbukti berjaya, kami akan mengeluarkan dan membekalkan vaksin secara percuma untuk semua 25 juta rakyat Australia," katanya.

Vaksin Oxford antara daripada lima Fasa Percubaan 3, dan penyelidik berharap keputusan mampu dihasilkan menjelang akhir tahun ini.

Ini kali pertama perjanjian berkenaan dihasilkan untuk Australia, dan menurut Morrison, kerajaannya akan mengadakan perbincangan bersama pelbagai pihak seluruh dunia.

Negara itu masih belum mencapai persetujuan akhir bersama AstraZeneca berhubung kos dan pengeluar tempatan.

Australia bagaimanapun menandatangani perjanjian bernilai AUS$25 juta (RM75.7 juta) bersama syarikat teknologi Amerika, Becton Dickinson, untuk membeli 100 juta jarum suntikan dan picagari bagi pemberian vaksin.

Berita Harian X