Khamis, 25 Jun 2020 | 7:34am

Gempa 5.9 magnitud gegar timur Jepun

TOKYO: Gempa bumi 5.9 magnitud melanda pantai timur Jepun awal pagi tadi, kata Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Pusat gegaran yang berlaku pada kedalaman 25.4 kilometer (km) itu terletak di laut, kira-kira 41km tenggara Hasaki, di kawasan Chiba, timur Tokyo.

Agensi Meteorologi Jepun yang merekodkan gempa itu berukuran 6.2 magnitud berkata, ia bagaimanapun tidak mencetuskan risiko tsunami.

Gempa jam 4.47 pagi tadi (waktu tempatan) turut dirasai di sebahagian besar Tokyo.

Jepun terletak di Lingkaran Api Pasifik, iaitu lengkungan aktif aktiviti seismik yang melalui Asia Tenggara dan merentasi takungan Pasifik.

Pada 2011, gempa bumi kuat berukuran 9.0 magnitud melanda Miyagi dan mencetuskan tsunami besar, sehingga memusnahkan rektor nuklear Fukushima serta mengorbankan 16,000 nyawa.

Lebih 2,500 mangsa pula dilaporkan masih hilang. - AFP

Berita Harian X