Sabtu, 20 Jun 2020 | 10:09pm
Gambar fail: Anggota polis pencegah rusuhan membuat kawalan berikutan penunjuk perasaan menghadiri demonstrasi pro-demokrasi menentang undang-undang keselamatan baharu yang dicadangkan di Hong Kong. - Foto AFP
Gambar fail: Anggota polis pencegah rusuhan membuat kawalan berikutan penunjuk perasaan menghadiri demonstrasi pro-demokrasi menentang undang-undang keselamatan baharu yang dicadangkan di Hong Kong. - Foto AFP

China tubuhkan 'agensi keselamatan nasional' di Hong Kong

BEIJING: China akan menubuhkan 'agensi keselamatan nasional' di Hong Kong, bagi memantau undang-undang baharu yang disasarkan untuk menghapuskan rasa tidak puas hati di bandaraya itu, lapor media rasmi hari ini.

Undang-undang baharu itu akan menggantikan sebarang peraturan sedia ada di Hong Kong yang akan menimbulkan menimbulkan konflik apabila dilaksanakan, kata agensi berita Xinhua.

Laporan berkenaan menyusul susulan rumusan mesyuarat pimpinan tertinggi di Beijing yang mengkaji draf khusus membanteras aktiviti gerakan pro-demokrasi.

Rang undang-undang berkenaan berjaya melepasi badan perundangan Hong Kong, dan menimbulkan kebimbangan antarabangsa, bahawa ia akan menghapuskan kebebasan yang sedia terhad di bandaraya itu, sekali gus membawa era baharu pemerintahan gaya Komunis.

Agensi keselamatan Hong Kong itu akan ditubuhkan kerajaan pusat China, dan akan 'memantau, membimbing, menyusun serta menyokong' aspek keselamatan di wilayah berkenaan, lapor Xinhua.

Menurut Xinhua, undang-undang terbabit akan mengkategorikan jenayah dalam beberapa aspek iaitu keganasan dan kerjasama sulit dengan negara atau kuasa luar.

Jika undang-undang Hong Kong bercanggah dengan cabang undang-undang baharu, kuasa mentadbir terletak pada Jawatankuasa Bertindak China.

Penggubal undang-undang pro-demokrasi Hong Kong, Alvin Yeung, berkata perincian berhubung perkara yang dikategorikan sebagai jenayah amat tidak jelas dan membimbangkan. - AFP

Berita Harian X