Rabu, 13 Mei 2020 | 5:56pm
Microscopic illustration of the spreading 2019 corona virus that was discovered in Wuhan, China. The image is an artisic but scientific interpretation, with all relevant surface details of this particular virus in place, including Spike Glycoproteins, Hemagglutinin-esterase, E- and M-Proteins and Envelope.
Microscopic illustration of the spreading 2019 corona virus that was discovered in Wuhan, China. The image is an artisic but scientific interpretation, with all relevant surface details of this particular virus in place, including Spike Glycoproteins, Hemagglutinin-esterase, E- and M-Proteins and Envelope.

COVID-19: Asia berbelah bahagi longgarkan perintah berkurung

SINGAPURA: Beberapa negara Asia semakin berhati-hati melonggarkan perintah berkurung dan larangan pergerakan bagi mengekang penularan COVID-19, untuk mengelakkan serangan gelombang kedua.

Sebuah bandar di barat daya China menutup sebahagian sempadan termasuk jalan keluar masuk pengangkutan selepas kemunculan kluster tempatan COVID-19, yang mencetuskan kebimbangan berlaku gelombang kedua.

Bandar Jilin menggantung operasi perkhidmatan bas dan hanya membenarkan lebih empat juta penduduknya meninggalkan kawasan jika negatif COVID-19 dalam tempoh 48 jam serta selesai menjalani kuarantin diri.

Di Korea Selatan, saringan COVID-19 didapati melonjak sejak pihak berkuasa memperkenalkan ujian 'anonymous' atau tidak perlu dedahkan identiti, bagi menangani kluster jangkitan dalam kalangan pengunjung kelab malam.

Ia bertujuan mengelakkan prejudis anti homoseksual di negara itu yang dikaitkan dengan kluster baharu pengunjung kelab malam di Seoul.

Ini berikutan kes baharu kluster di daerah Itaewon, di Seoul yang membabitkan beberapa kelab gay, sekali gus memaksa pihak berkuasa menunda rancangan membuka semula sekolah pada minggu ini.

Apa yang dilakukan Korea Selatan dilihat sebagai sebuah model global untuk membendung penularan wabak berkenaan dengan mendorong lebih ramai orang tampil melakukan ujian COVID-19.

Berikutan pandemik COVID-19, pasaran Asia merudum lagi selepas amaran penasihat tertinggi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkenaan virus itu.

Anthony Fauci mengingatkan bahawa kelonggaran terburu-buru perintah berkurung boleh menimbulkan gelombang jangkitan yang lebih bahaya dan menjejaskan pelan pemulihan ekonomi.

Menteri Kewangan Australia, Josh Frydenberg, yang diuji selepas batuk ketika memberi ucapan di parlimen, sehingga mengakibatkan beliau sukar bernafas, disahkan negatif COVID-19.

"Semalam saya diuji untuk COVID-19 dan perlu berhati-hati. Pagi ini saya terima keputusan ujian yang menunjukkan negatif," katanya dalam ciapan di akaun Twitter.

Pandemik COVID-19 di Nepal pula merekodkan jumlah jangkitan paling tinggi dalam sehari dengan 83 kes.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di negara itu masih kekal rendah dengan 271 kes. Majoriti kes direkodkan berasal dari sebuah daerah terletak di selatan Nepal, berdekatan India.

Perdana Menteri India, Narendra Modi, mengumumkan pakej ekonomi $270 bilion (RM1.17 trilion) bagi menggerakkan semula ekonomi negara.

Kerajaan negara itu berjaya memastikan kadar jangkitan kekal sekitar 70,000 kes dengan 2,300 kematian setakat ini.

Walaupun mengalami peningkatan mendadak 3,600 kes baharu COVID-19 Isnin lalu, rangkaian kereta api kembali beroperasi di negara dengan 1.3 bilion penduduk itu, selepas perintah berkurung yang ketat sejak akhir Mac lalu.

Iran pula mengumumkan akan membuka semula masjid selama tiga malam minggu ini, selepas bergelut menangani pandemik yang sudah mengorbankan lebih 6,700 nyawa. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X