X
Rabu, 6 Mei 2020 | 7:18pm

COVID-19: Kes di India cecah hampir 50,000

NEW DELHI: Kes COVID-19 di India hari ini meningkat kepada hampir 50,000 menyaksikan negeri barat Gujarat dan Maharashtra antara paling teruk terjejas.

Angka korban pula mencecah kira-kira 1,700 orang.

Satu pertiga kes direkodkan di Maharashtra, diikuti lebih 6,000 kes di Gujarat.

Sementara di New Delhi jumlah jangkitan melebihi 5,000, di Tamil Nadu lebih 4,000 dan Uttar Pradesh kira-kira 3,000 kes.

Madhya Pradesh dan Rajasthan masing-masing merekodkan lebih 3,000 kes.

India masih di bawah perintah sekatan pergerakan dan sedang berusaha menangani kesan dihadapi pekerja bergaji hari dan buruh kasar.

Ribuan pekerja migran yang kehilangan sumber pendapatan melakukan demonstrasi di beberapa bandar, menuntut perkhidmatan pengangkutan kembali beroperasi.

India juga berdepan kemelut apabila banyak perniagaan mengalami kerugian dan berlakunya masalah rantaian bekalan. - BERNAMA

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X