Khamis, 23 April 2020 | 8:38pm
Struktur tertinggi di dunia, Burj Khalifa, yang terletak berhampiran pusat beli-belah Mall of the Emirates di UAE. - Foto AFP
Struktur tertinggi di dunia, Burj Khalifa, yang terletak berhampiran pusat beli-belah Mall of the Emirates di UAE. - Foto AFP

COVID-19: UAE pertimbang buka semula pusat beli-belah

DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) sedang mempertimbangkan untuk membuka semula pusat beli-belah yang ditutup sejak lebih sebulan lalu dalam usaha membendung penularan COVID-19.

Agensi berita WAM melaporkan, kelonggaran larangan itu begitu memberi kesan pada operasi perniagaan terutama kepada peruncit, yang diharap dapat memenuhi keperluan orang ramai Ramadan ini.

Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa krisis meminta kerajaan mengkaji kemungkinan pembukaan semula pusat perniagaan komersial dan sektor swasta sambil mempertimbangkan keperluan kesihatan.

Sementara itu, pegawai kerajaan di Dubai berkata pusat beli-belah banyak menyumbang kepada sumber ekonomi dan berpendapat pembukaan semula itu wajar tetapi harus mematuhi langkah berjaga-jaga.

Pusat beli-belah Dubai termasuk Mall of the Emirates, yang mempunyai tempat luncur salji tertutup terbesar di dunia dan terletak bersebelahan Burj Khalifa, struktur tertinggi di dunia.

Ketika ini, Dubai melaksanakan perintah berkurung 24 jam, namun membenarkan penjarakan sosial dan melarang perhimpunan lebih daripada 10 orang ketika Ramadan ini dengan mengarahkan mereka mematuhi penjarakan sosial.

UAE mencatatkan kira-kira 8,000 kes COVID-19 dengan merekodkan 52 kematian setakat ini. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X