Sabtu, 21 March 2020 | 5:02pm
Siaran televisyen memaparkan imej fail ujian peluru berpandu oleh Korea Utara. - AFP
Siaran televisyen memaparkan imej fail ujian peluru berpandu oleh Korea Utara. - AFP

Korea Utara lancar 2 peluru berpandu balistik jarak dekat - Yonhap

SEOUL: Korea Utara hari ini melancarkan dua peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Jepun yang juga dikenali sebagai Laut Timur, lapor agensi berita Yonhap dengan memetik sumber tentera Korea Selatan.

Menurut laporan itu yang memetik Ketua Bersama Staf Korea Selatan, peluru berpandu itu dilancarkan dari wilayah Pyongan Utara.

Awal bulan ini, Korea Utara mengambil tindakan sama sebanyak dua kali di mana Pyongyang mendakwa adalah latihan artileri jarak jauh, namun Jepun pula menegaskan ia adalah peluru berpandu balistik.

Tidak berapa lama sebelum laporan Yonhap itu, agensi berita rasmi Korea Utara, Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) melaporkan negara itu akan memulakan sidang Parlimen, iaitu Perhimpunan Rakyat Agung (SPA), pada 10 April ini.

Pelancaran terbaru itu berlaku ketika perbincangan berpanjangan dengan Amerika Syarikat berhubung isu senjata nuklear. - AFP

Berita Harian X