Ahad, 8 March 2020 | 6:44pm
SEBUAH gereja di Seoul ditutup. - Foto AFP
SEBUAH gereja di Seoul ditutup. - Foto AFP

Korea Selatan lapor jumlah kes COVID-19 terendah

SEOUL: Beratus-ratus gereja seluruh Korea Selatan ditutup hari ini, susulan penularan COVID19.

Susulan penularan wabak itu, “perkhidmatan” di gereja terbabit dijalankan secara dalam talian meskipun negara itu dilaporkan mencatatkan jumlah terendah kes jangkitan COVID-19 selepas lebih seminggu berhadapan wabak itu.

Korea Selatan adalah negara luar China yang mencatatkan jumlah kes paling tinggi jangkitan COVID-19 iaitu 7,313 kes ditambah pula 272 kes baharu berlaku hari ini.

Kes yang dicatatkan hari ini adalah terendah jika dibanding dengan purata hari sebelumnya iaitu di paras 500 kes.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea, setakat ini dua lagi kematian direkodkan sekali gus menyaksikan jumlah keseluruhan mencapai 50 orang.

Menteri Kesihatan Korea Selatan, Park Neung-hoo, berkata meskipun hari ini mencatatkan peningkatan sedikit kes akibat COVID-19, pihaknya masih tidak boleh menarik nafas lega.

“Walaupun kes COVID-19 menunjukkan peningkatan kecil, namun pihak kami tidak boleh menganggap situasi sudah pulih,” katanya.

Pengarah Kluster jangkitan kecil boleh berlaku bila-bila masa dalam ruangan tertutup seperti di fasiliti kumpulan atau majlis keagamaan,”

Nada waspada disuarakan oleh Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC), Jung Eun-kyeong.

Menurut Eun-kyeong, kluster kecil berpotensi berlaku pada bila-bila masa walaupun dalam ruangan tertutup seperti di fasiliti kumpulan atau majlis keagamaan.

Sementara itu, Ketua Yoido Full Gospel Church, Kom Doo-hyung, berkata gereja Protestan itu yang mempunyai ahli berdaftar sekitar 500,00 orang adalah antara gereja yang membuka perkhidmatan secara dalam talian pada hari ini.

“Walaupun termaktub dalam peraturan bahawa perlu datang ke gereja untuk perkhidmatan, namun lain situasi dalam keadaan kecemasan sebegini.

“Meskipun mereka ‘hadir’ dalam perkhidmatan dari rumah, kami meminta ahli untuk berpakaian dan sembahyang sama seperti dilakukan secara fizikal di gereja,” katanya.

Dilaporkan, kebanyakan jangkitan berkaitan dengan Gereja Shincheonji Jesus iaitu mazhab agama yang sering dikutuk kerana aktiviti pemujaan.

Selain itu, konsert K-pop dan perlawanan sukar turut dibatal atau ada ditangguhkan berikutan penularan wabak itu.

Di negara itu juga, cuti persekolahan dan tadika turut dilanjutkan selama tiga minggu. - AFP

Berita Harian X