Khamis, 27 Februari 2020 | 10:28am
Korea Selatan melaporkan 334 kes baharu COVID-19, hari ini. - Foto AFP
Korea Selatan melaporkan 334 kes baharu COVID-19, hari ini. - Foto AFP

COVID-19 di Korea Selatan cecah 1,595 kes

SEOUL: Korea Selatan melaporkan 334 kes baharu COVID-19, hari ini, menjadikan jumlahnya kini mencecah 1,595, menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Korea (KCDC).

Ia adalah angka terbesar dilaporkan bagi jangkitan baharu di negara ini sejak kes pertama disahkan pada 20 Januari lalu.

Daripada jumlah itu, 307 kes dilaporkan di bandar Daegu di mana terletaknya sebuah gereja yang menjadi pusat penyebaran wabak berkenaan, kata KCDC dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menggesa rakyat negara terbabit untuk mempertimbangkan semula perjalanan ke Korea Selatan berikutan penularan wabak berkenaan. - REUTERS

Berita Harian X