Rabu, 22 Januari 2020 | 8:29pm
Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

Haiwan eksotik mungkin punca virus

SHANGHAI: Pasar yang menjadi tempat pertama dikesan dengan koronavirus di Wuhan disifatkan umpama ‘pusat lambakan’ haiwan eksotik daripada anak serigala sehinggalah musang, menurut laporan media China.

Huanan Seafood Market yang terletak di tengah bandar Wuhan itu menjadi perhatian selepas pegawai kerajaan China memaklumkan virus yang menyebabkan kematian sembilan mangsa itu mungkin berpunca daripada haiwan liar yang dijual di pasar berkenaan.

Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang pernah berlaku sebelum ini dikaitkan dengan pengambilan daging musang menyebabkan pihak berkuasa China kini mungkin berdepan satu lagi episod memalukan sekiranya penyeludupan haiwan liar masih lagi berleluasa.

Berdasarkan senarai harga yang disebarkan di Internet, pasar berkenaan menawarkan pelbagai haiwan dan produk berasaskan haiwan eksotik antaranya serigala yang masih hidup, anak serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak serta unta dengan jumlah keseluruhan 112 jenis. - AFP

Berita Harian X