Sabtu, 11 Januari 2020 | 12:52pm
ANGGOTA penyelamat ketika ditemui di lokasi nahas di Iran. - Foto AFP
ANGGOTA penyelamat ketika ditemui di lokasi nahas di Iran. - Foto AFP

Pesawat Ukraine ditembak kerana kesilapan manusia

DUBAI: Pesawat Ukraine yang terhempas minggu lalu, terbang terlalu hampir dengan kawasan tentera dan ditembak berikutan kesilapan manusia.

Kenyataan yang disiarkan oleh TV rasmi Iran berkata, pihak yang terbabit akan dikenakan tindakan sewajarnya.

Pesawat milik syarikat penerbangan Ukraine yang terhempas di barat daya Tehran, Khamis lalu dan membunuh semua 176 penumpang serta kru, didapati terbakar sebelum menjunam.

Pesawat Boeing 737-800 milik Ukrainian International Airlines yang dalam penerbangan ke Kiev dengan sebahagian besar penumpang ialah rakyat Iran dan Iran-Kanada itu, terhempas sejurus meninggalkan lapangan terbang Imam Khomeini.

Sebelum ini, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, berkata pesawat penumpang Ukraine itu mungkin ditembak menggunakan peluru berpandu.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, pula berkata, pesawat itu berkemungkinan besar ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu Iran, berdasarkan laporan risikan negara itu dan sumber lain. REUTERS/AFP

Berita Harian X