Selasa, 7 Januari 2020 | 4:09pm
RAKYAT Iran berkumpul sempena majlis pengebumian komander tentera, Mejar Jeneral Qasem Soleimani. - Foto AFP
RAKYAT Iran berkumpul sempena majlis pengebumian komander tentera, Mejar Jeneral Qasem Soleimani. - Foto AFP

Kota kelahiran Soleimani dipenuhi lautan manusia

KERMAN: Rakyat Iran berkumpul, di sini sempena majlis pengebumian komander tentera, Mejar Jeneral Qasem Soleimani yang kini meniti fasa akhir perarakan secara besar-besaran beliau terbunuh dalam serangan udara didalangi Amerika Syarikat (AS) di Iraq.

Lautan manusia dalam keadaan berduka di segenap penjuru kota kelahiran komander tertinggi Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) itu dilihat menyamai jumlah kehadiran menerusi perarakan bagi tujuan sama yang diadakan di Tehran, Qom, Mashdad dan Ahvaz.

Menyampaikan ucapan di hadapan ratusan ribuan yang hadir, Jeneral Tertinggi IRGC, Mejar Jeneral Hossein Salami, menyifatkan tindakan AS melancarkan serangan udara sehingga mengorbankan komander mereka adalah tidak menepati prinsip keadilan.

“Shahid Qassem Soleimani adalah lebih berkuasa... sekarang beliau sudah meninggal dunia. Musuh membunuhnya secara tidak adil,” katanya. - AFP

Berita Harian X