Rabu, 1 Januari 2020 | 12:39pm

India kurangkan cukai import minyak sawit

MUMBAI: India memotong cukai import ke atas minyak sawit mentah dan ditapis dari negara ASEAN selepas mendapat permintaan daripada pembekal, menurut notis kerajaan semalam.

Pengurangan itu akan membawa kepada lebih banyak import komoditi berkenaan oleh pembeli minyak boleh dimakan terbesar dunia dalam beberapa bulan ini ketika ia merapatkan perbezaan antara minyak sayur tropika dan pesaing seperti minyak soya dan minyak bunga matahari.

Import lebih tinggi akan menyokong harga minyak sawit Malaysia, yang meningkat 44 peratus pada 2019.

Duti ke atas minyak sawit mentah diturunkan kepada 37.5 peratus daripada 40 peratus, manakala cukai ke atas pelbagai minyak ditapis dikurangkan kepada 45 peratus daripada 50 peratus, menurut notis berkenaan.

Cukai lebih rendah itu dikenakan kepada hampir semua minyak sawit import kerana India adalah pengimport utama komoditi itu dari yang Indonesia dan Malaysia.

Import minyak sawit ditapis dijangka bertambah dalam masa beberapa bulan lagi

apabila jurang duti antara minyak mentah dan ditapis dikurangkan kepada 7.5 peratus daripada 10 peratus, kata BV Mehta, pengarah eksekutif Solvent Extractors’ Association (SEA), badan dagangan beribu pejabat di Mumbai.

“Struktur baharu duti membuka pintu bagi minyak kelapa sawit ditapis.

“Ia memberi keburukan kepada kilang penapis tempatan,” katanya.

SEA meminta kerajaan India mengekalkan perbezaan duti antara minyak mentah dan ditapis kepada 10 peratus, katanya.

India bergantung kepada import bagi 70 peratus minyak boleh dimakan, meningkat 44 peratus pada 2001/02. —Reuters

Berita Harian X