Selasa, 26 November 2019 | 10:14pm
DUA orang maut manakala lapan cedera selepas individu disyaki militan melemparkan bom tangan di dua lokasi berasingan Kashmir, India. - Foto Reuters
DUA orang maut manakala lapan cedera selepas individu disyaki militan melemparkan bom tangan di dua lokasi berasingan Kashmir, India. - Foto Reuters

2 maut, 8 cedera insiden keganasan terbaru di Kashmir

SRINAGAR: Dua orang maut manakala lapan cedera selepas individu disyaki militan melemparkan bom tangan di dua lokasi berasingan Kashmir, India hari ini dalam keganasan terbaru sejak New Delhi melucutkan status khas rantau itu 5 Ogos lalu.

Dua yang terbunuh ialah seorang pegawai kerajaan dan ketua kampung manakala empat yang lain cedera dalam letupan semasa sedang mengadakan program aduan awam di daerah Anantnag, di sini.

“Bom tangan dilemparkan militan semasa program terbabit hampir tamat,” kata pegawai polis di Anantaq, Altaf Khan memberitahu Reuters.

Terdahulu, dalam insiden berasingan pagi hari ini di di wilayah Saderbal di bandar Srinagar, suspek militan bertindak melemparkan bom tangan dan menyebabkan empat orang awam cedera.

Sementara itu, tentera India berkata, pasukan keselamatan yang mengepung dua militan daripada kumpulan Hizbul Mujahideen di daerah Pulwana, selatan Kashmir, berjaya menembak mati salah seorang daripadanya semasa insiden berbalas tembakan.

Tambahnya, seorang lagi berjaya ditembak mati awal pagi hari ini.

“Kami menerima laporan mengenai pengganas mengancam keselamatan penduduk awam dan kemudian operasi dilancarkan untuk memburu mereka,” kata Mejar Jeneral Anindya Sengupta memberitahu wartawan hari ini.-Reuters.

Berita Harian X