Sabtu, 28 September 2019 | 9:42pm
Pegawai keselamatan menghalang jalan sementara sekatan ketat dikenakan di Srinagar. - Foto AFP
Pegawai keselamatan menghalang jalan sementara sekatan ketat dikenakan di Srinagar. - Foto AFP

4 maut dibunuh pasukan keselamatan India di Kashmir

SRINAGAR: Pasukan keselamatan India membunuh empat orang yang didakwa sebagai militan di Kashmir, hari ini, menurut polis.

Perkembangan itu berlaku, ketika wilayah majoriti penduduk Muslim terbabit tegang, susulan perintah berkurung, selepas kuasa autonomi wilayah berkenaan ditarik balik.

Menurut pihak berkuasa tiga ‘militan’ terbunuh di kawasan pasar Batote di Jammu. Mereka mendakwa mangsa yang maut menjadikan seorang penduduk awam sebagai tebusan.

Seorang lagi yang turut didakwa sebagai militan terbunuh di Kangan, utara wilayah itu, kata ketua pengarah polis Jammu dan Kashmir, Dilbagh Singh.

Katanya, suspek membaling satu bom tangan di kawasan Safakadal di bandar Srinagar, namun tiada yang cedera dalam insiden itu. - AFP

Berita Harian X