Sabtu, 7 September 2019 | 6:35pm

Pakistan tidak izin Presiden India guna ruang udara

ISLAMABAD: Pakistan, hari ini tidak membenarkan pesawat yang membawa Presiden India, Ram Nath Kovind, terbang di ruang udaranya, disebabkan tindak tanduk New Delhi sejak kebelakangan ini.

Keputusan dibuat ketika ketegangan memuncak antara kedua-dua negara jiran berkuasa nuklear itu berhubung wilayah Kashmir yang menjadi rebutan.

“Keputusan diambil berdasarkan tindak tanduk India,” kata Menteri Luar Pakistan, Shah Mehmood Qureshi, dalam kenyataan. — AFP

Berita Harian X