Rabu, 4 September 2019 | 5:12pm
Gambar fail, Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam bercakap pada sidang media di Hong Kong pada Julai lalu. - Foto AFP
Gambar fail, Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam bercakap pada sidang media di Hong Kong pada Julai lalu. - Foto AFP

Tindakan batal rang udang-undang Hong Kong sudah terlambat

HONG KONG: Rata-rata pembuat dasar dan pro demokrasi Hong Kong menyifatkan jangkaan Ketua Eksekutif Carrie Lam membatalkan rang undang-undang ekstradisi, selepas tunjuk perasaan selama tiga bulan, sudah terlambat.

Difahamkan, Lam bakal mengumumkan pembatalan rang undang-undang ekstradisi itu yang sebelum ini hanya digantung, selepas rakaman audio pengakuan beliau kepada golongan perniagaan di bandar itu bocor, semalam.

“Jika kerajaan membatalkannya pada Jun lalu, tunjuk perasaan mungkin sudah berhenti. Kerajaan patut menubuhkan suruhanjaya bebas untuk menyiasat kedua-dua pesalah polis dan penunjuk perasaan,” kata ahli perundangan Hong Kong, Michael Tien.

“Ia bukan sesuatu yang boleh diterima golongan Demokratik atau pan demokratik, ia terserah kepada penunjuk perasaan muda.

“Kami mahu semua lima tuntutan, kerosakan sudah berlaku. Beliau (Lam) patut menggunakan perkataan berundur dan ia akan meredakan masyarakat, kini sudah terlambat,” kata pembuat dasar pro demokrasi, Claudia Mo.

Pada mulanya, tunjuk perasaan hanya tertumpu kepada rang undang-undang itu, namun ekoran ketegasan pentadbir dan pasukan keselamatan bandar terbabit dalam meredakan tunjuk perasaan, tuntutan berkenaan sudah berkembang kepada reformasi demokrasi lebih meluas.

Antara tuntutan itu termasuk tidak menggunaan perkataan rusuhan untuk mentakrifkan tunjuk perasaan, pembebasan semua penunjuk perasaan yang ditahan, siasatan bebas terhadap keganasan polis dan hak penduduk Hong Kong memilih pemimpin mereka secara demokratik - Reuters

Berita Harian X