Ahad, 1 September 2019 | 6:46pm
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. - Foto AFP
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. - Foto AFP

Netanyahu ulangi ikrar tambah penempatan di Tebing Barat

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu hari ini, menyatakan hasrat menambah penempatan Yahudi di Tebing Barat, mengulangi ikrar pilihan raya yang dibuat lima bulan lalu, tetapi tidak menetapkan tempoh masa.

Penempatan itu adalah antara isu paling panas dalam konflik Israel-Palestin.

Penduduk Palestin menyuarakan kebimbangan bahawa Netanyahu akan melanggar persetujuan antarabangsa dan meneruskan penambahan itu dengan sokongan sekutu kuatnya, Presiden Donald Trump.

“Kami akan meluaskan kedaulatan Yahudi ke semua penempatan sebagai sebahagian bumi Israel, sebagai sebahagian negara Israel,” kata Netanyahu hari ini dalam ucapan di penempatan Elkana di Tebing Barat ketika menghadiri majlis pembukaan tahun persekolahan.

Netanyahu tidak menyebut bila beliau merancang akan melakukan langkah itu.

Beliau, yang mengetuai Parti Likud, membuat ikrar sama beberapa kali sebelum pilihan raya umum Israel pada April lalu.

Namun, beliau gagal membentuk majoriti di Parlimen dalam pilihan raya lalu dan negara itu akan mengadakan pilihan raya baharu pada 17 September ini. — Reuters

Berita Harian X