Ahad, 25 Ogos 2019 | 12:46pm
DUA kanak-kanak perempuan diselamatkan pekerja sukarela dari rumah mereka yang tak ubah seperti gudang sampah, gara-gara tabiat mengumpul bahan buangan oleh ibu bapa.
DUA kanak-kanak perempuan diselamatkan pekerja sukarela dari rumah mereka yang tak ubah seperti gudang sampah, gara-gara tabiat mengumpul bahan buangan oleh ibu bapa.

Dua kanak-kanak diselamatkan dari tinggal di 'gudang sampah'

TAIPEI : Dua kanak-kanak perempuan diselamatkan pekerja sukarela dari rumah mereka yang tak ubah seperti gudang sampah, gara-gara tabiat mengumpul bahan buangan oleh ibu bapa.

Kedua-dua kanak-kanak itu, masing-masing berusia dua dan setahun, ditemui sedang tidur di atas longgokan sampah yang memenuhi ruang tamu rumah.

Foto diberikan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, Kelab Belia Haiqing dari Pingfung County di Selatan Taiwan menunjukkan keadaan rumah berkenaan yang berada dalam keadaan amat dahsyat di kawasan kejiranan Wandan.

Satu foto memaparkan imej pekerja sukarela sedang cuba membersihkan sebahagian timbunan sampah sambil diperhatikan kanak-kanak terbabit yang berusia dua tahun.

Adiknya yang berusia setahun pula sedang tidur di katil bayi sambil dikelilingi sampah sarap, perabot dan longgokan pelbagai barangan.

Menurut kelab belia itu, mereka sedang mengadakan lawatan ke rumah golongan miskin minggu lalu apabila bertemu pasangan penganggur berkenaan dan anak-anak mereka.

Selain pelbagai sampah sarap seperti botol air, bekas makanan serta kepingan kadbod, kedua-dua kanak-kanak itu turut dikelilingi haiwan perosak seperti tikus dan lipas.

Jabatan hal ehwal hubungan sosial daerah itu yang dipanggil untuk membuat penilaian kemudian memanggil lebih 30 pekerja sukarela bagi membantu membersihkan rumah pasangan terbabit pada 22 Ogos lalu.

Hasil gotong royong itu, mereka berjaya membawa keluar sampah sarap yang memenuhi dua buah lori, sebahagian besarnya berisi kotak makanan, beg plastik dan botol minuman. - Agensi

Berita Harian X