Rabu, 21 Ogos 2019 | 1:01am
MENTERI Luar Pakistan, Shah Mehmood Qureshi. - Foto AFP
MENTERI Luar Pakistan, Shah Mehmood Qureshi. - Foto AFP

Pakistan bawa kes pertikaian Kashmir ke ICJ

ISLAMABAD: Pakistan hari ini berkata pihaknya akan membawa kes pertikaian Kashmir dengan India ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Langkah itu dibuat selepas New Delhi membatalkan Perkara 370 dalam Perlembagaan India yang memberikan autonomi khas kepada Kashmir pada awal bulan ini.

“Kami membuat keputusan untuk membawa kes Kashmir ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa,” kata Menteri Luar Pakistan, Shah Mehmood Qureshi memberitahu ARY News TV.

“Keputusan itu diambil selepas meneliti semua aspek perundangan,” tambahnya.

Sementara itu, jurucakap di Kementerian Luar India tidak memberikan sebarang komen mengenai isu itu. - Reuters

Berita Harian X