Selasa, 20 Ogos 2019 | 10:28pm

Gempa bumi 6.3 magnitud landa Vanuatu

SINGAPURA: Gempa bumi berukuran magnitud 6.3 menggegarkan bahagian utara kepulauan Vanuatu di Pasifik Selatan, hari ini.

Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), berkata gegaran itu berlaku pada kedalaman 17 kilometer, sejauh 475 kilometer di utara pulau Santo.

Setakat ini, tiada laporan segera kerosakan atau kecederaan diterima. USGS sebelum itu meletakkan lokasi gempa berlaku di timur ibu kota wilayah Kepulauan Solomon di Kira-kira. -Reuters

Berita Harian X