Khamis, 8 Ogos 2019 | 8:06pm
Kakitangan Pasukan Keselamatan Sempadan India (BSF) berkawal berhampiran sempadan Wagah di dua negara, sejauh 35 kilometer dari barat Amritsar, hari ini. -Foto AFP
Kakitangan Pasukan Keselamatan Sempadan India (BSF) berkawal berhampiran sempadan Wagah di dua negara, sejauh 35 kilometer dari barat Amritsar, hari ini. -Foto AFP

Tiada tindakan ketenteraan di Kashmir - Pakistan

ISLAMABAD: Pakistan tidak meneliti pilihan ketenteraan berhubung isu Kashmir, kata Menteri Luarnya, Shah Mehmood Qureshi hari ini selepas negara jiran India melucutkan status perlembagaan khas berdekad lamanya untuk rantau bertelingkah itu minggu ini.

Bagaimanapun, Shah Mehmood berkata, Pakistan mempunyai hak bertindak balas terhadap sebarang kekerasan oleh India.

“Kami tidak melihat pilihan ketenteraan. Namun tidakkah kami berhak bertindak balas jika wujud sebarang kekerasan?” katanya dalam sidang media di sini.

Pemimpin serantau memberi amaran, keputusan Perdana Menteri India Narendra Modi ke atas Jammu dan Kashmir minggu ini mungkin berdepan tentangan, yang turut memecahkan negeri itu kepada dua wilayah persekutuan bagi membolehkan kerajaan melakukan kawalan lebih besar. -Reuters

Berita Harian X