Selasa, 6 Ogos 2019 | 7:07pm
Gambar dikeluarkan Perkhidmatan Dalaman Perhubungan Awam Pakistan (ISPR) hari ini menunjukkan Ketua Tentera Qamar Javed Bajwa (tengah) mempengerusikan Persidangan Kor Komander di Rawalpindi. -Foto AFP

Tentera Pakistan sedia lakukan apa saja sokong penduduk Kashmir

ISLAMABAD: Tentera Pakistan berkata hari ini, pasukan keselamatan negaranya sanggup ‘melakukan apa saja’ untuk menyokong penduduk di rantau bertelingkah Kashmir selepas seteru utamanya India membatalkan status khas di wilayah berkenaan.

“Tentera Pakistan berdiri teguh menyokong penduduk Kashmir dalam perjuangan mereka sehingga ke akhirnya.

“Kami bersedia dan sanggup melakukan apa saja untuk memenuhi tanggungjawab kami dalam isu berkenaan,” kata Ketua Tentera Pakistan, Jeneral Qamar Javed Bajwa selepas mesyuarat bersama komander atasan di Rawalpindi.

Semalam, India membatalkan peruntukan perlembagaan untuk negeri Jammu dan Kashmir yang sekian lama menjadi titik pertembungan hubungannya dengan Pakistan, untuk melaksanakan undang-undang sendiri. -Reuters

Berita Harian X