Sabtu, 3 Ogos 2019 | 8:42pm

Penunjuk perasaan Hong Kong sekat jalan, terowong utama

HONG KONG: Penunjuk perasaan anti kerajaan di Hong Kong meletakkan penghadang di sebuah daerah membeli-belah popular dan menghalang satu terowong utama, petang semalam, sebagai penentangan terhadap amaran keras China yang menyebabkan bandar itu dilanda krisis.

Namun, penunjuk perasaan tidak mahu tunduk sebaliknya berjanji untuk menganjurkan banyak lagi bantahan, minggu depan dan keadaan itu menyebabkan ketegangan semakin teruk.

Semalam, ratusan penunjuk perasaan bertopeng meletakkan penghadang di beberapa jalan di daerah membeli-belah dan pelancongan popular, Tsim Sha Tsui.

Mereka juga menyekat satu daripada tiga terowong merentas pelabuhan yang menghubungkan pulau utama sehingga menyebabkan kekacauan lalu lintas.

Dalam satu kenyataan, polis memberi amaran kepada penunjuk perasaan menghentikan tindakan haram mereka dan menggesa orang awam supaya mengelak kawasan itu. - AFP

Berita Harian X