Jumaat, 2 Ogos 2019 | 10:10am
Replika peluru berpandu Scud-B milik Korea Utara yang dipamerkan di Tugu Peringatan Perang Korea di Seoul. Foto AFP
Replika peluru berpandu Scud-B milik Korea Utara yang dipamerkan di Tugu Peringatan Perang Korea di Seoul. Foto AFP

Pyongyang tembak peluru berpandu jarak dekat

SEOUL: Korea Utara dilaporkan melancarkan peluru berpandu jarak dekat, iaitu yang ketiga minggu ini dari tapak pelancaran di pantai barat negara itu, hari ini.

Agensi berita Korea Selatan, Yonhap melaporkan perkara itu sambil memetik Ketua Staf Bersama (JCS) tentera negara itu.

Sebelum ini, Pyongyang menyifatkan pelancaran peluru berpandu itu sebagai amaran kepada Korea Selatan, susulan rancangan Seoul mengadakan latihan tentera bersama Amerika Syarikat.

“Peluru berpandu itu dilancarkan pada awal pagi dari Yonghung di wilayah Hamgyong Selatan ke Laut Timur,” kata JCS kepada Yonhap.

Korea Utara dilarang melancarkan peluru berpandu balistik mengikut resolusi yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Sementara itu, tiada kenyataan dikeluarkan oleh Korea Utara, susulan pelancaran peluru berpandu terbaharu berkenaan. - AFP

Berita Harian X