Rabu, 31 Julai 2019 | 7:19pm
MENTERI Luar Iran, Javad Zarif. - Foto Reuters
MENTERI Luar Iran, Javad Zarif. - Foto Reuters

Iran sedia berdialog dengan Arab Saudi

GENEVA: Iran bersedia untuk berdialog, jika Arab Saudi juga bersedia, kata Menteri Luar Iran, Javad Zarif, hari ini, menurut agensi berita IRIB.

Ketegangan antara Iran dan Arab Saudi memuncak ekoran perebutan dominasi di Asia Barat, sejak Riyadh menuduh negara itu melakukan serangan yang merosakkan enam kapal tangki minyak di Teluk, namun ia dinafikan Tehran.

“Jika Arab Saudi bersedia untuk berdialog, kami sentiasa bersedia untuk berunding dengan jiran kami.

“Kami tidak pernah menutup pintu dialog dengan negara jiran,” kata Zarif.

Serangan terhadap sejumlah kapal tangki minyak terbabit berlaku, ketika Amerika Syarikat (AS) yang juga sekutu kuasa besar utama Arab Saudi meningkatkan sekatan terhadap Iran dalam cubaan untuk memaksanya berunding.

AS mahu had lebih ketat terhadap aktiviti nuklear Iran dan sekatan terhadap program peluru berpandu balistiknya. - Reuters

Berita Harian X