Isnin, 22 Julai 2019 | 3:54pm

33 maut, 13 cedera disambar petir

LUCKNOW: Seramai 33 maut dan 13 lagi cedera dipanah petir dalam ribut di Uttar Pradesh semalam.

Pegawai bantuan bencana negeri yang cuma dikenali sebagai Sandhya, berkata 20 rumah turut ranap dalam kejadian itu.

Hujan lebat dan petir melanda wilayah itu ketika petani masih bekerja di sawah masing-masing.

Pegawai Jabatan Kaji Cuaca India, J P Gupta, berkata tekanan rendah di kawasan itu membentuk garisan angin kencang dan ribut.

Pegawai polis, Pradyuman Singh, berkata tujuh terbunuh di satu kampung ketika berada di sawah, termasuk seorang wanita dan kanak-kanak.

Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath, berkata keluarga mangsa yang terbunuh menerima pampasan bernilai 400,000 rupee (RM24,000). — Agensi

Berita Harian X