Khamis, 18 Julai 2019 | 5:44pm
Gambar fail menunjukkan naskhah al-Quran disediakan untuk dihantar di Kompleks Darul Quran Raja Fahad di Madinah 17 Jun lalu. -Foto SPA
Gambar fail menunjukkan naskhah al-Quran disediakan untuk dihantar di Kompleks Darul Quran Raja Fahad di Madinah 17 Jun lalu. -Foto SPA

Arab Saudi agih 8 juta naskhah al-Quran, buku panduan kepada jemaah haji

RIYADH: Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi He akan mengagihkan lebih lapan juta naskhah kitab suci al-Quran, buku panduan serta manual sempena musim haji tahun ini.

Katanya, persediaan untuk program pengagihan buku sudah pun dilaksanakan membabitkan buku panduan menunaikan ibadat haji dan umrah ketika jemaah tiba di pintu masuk Arab Saudi serta kitab suci al-Quran dan terjemahannya.

Sebelum bertolak pulang ke tanah air pula jemaah tidak lupa dibekalkan dengan buku panduan.

Program itu menyasar menyalurkan kesedaran di kalangan jemaah seterusnya mempromosi pematuhan serta kaedah melaksanakan ibadat haji dan umrah mengikut tertib yang betul.

Penolong Setiausaha Jabatan Hal Ehwal Penerbitan dan Penyelidikan Akademik, Sheikh Abdul Aziz Mohammed Al-Hamdan berkata, pihaknya sudah bersetuju mengeluarkan 52 buku dalam 30 bahasa untuk musim haji tahun ini, menurut laporan Arab News.

Sheikh Abdul Aziz berkata, perpustakaan elektronik Islam juga memperkenalkan platform mengandungi kesemua versi dalam bentuk tulisan dan audio buku haji dan umrah di setiap lapangan terbang antarabangsa pentadbiran diraja itu, beberapa pusat keluar pelabuhan selain masjid dan tapak penting.

Platform itu boleh diperoleh di www.islamic-ebook.com. -Agensi

Berita Harian X