Sabtu, 6 Julai 2019 | 3:59pm
SHEIKH Tamim Hamad al-Thani bakal mengadakan pertemuan dengan Trump di Washington. - Foto AFP
SHEIKH Tamim Hamad al-Thani bakal mengadakan pertemuan dengan Trump di Washington. - Foto AFP

Emir Qatar, Trump bersemuka 9 Julai

DUBAI: Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad al-Thani bakal mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Washington pada 9 Julai ini untuk bertukar pandangan berhubungan perkembangan serantau dan antarabangsa, kata agensi berita tempatan.

Terdahulu, Rumah Putih mengeluarkan kenyataan pada Jun lalu, lawatan itu bakal membincangkan isu ekonomi, hubungan keselamatan dan isu pengganas.

Arab Saudi, Emeriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir berdepan krisis hubungan dengan Qatar pada 2017, antara pertikaian diplomatik terburuk di rantau itu dalam tempoh beberapa tahun.

Semua negara terbabit menuduh Doha menyokong gerakan militan dan Iran, tuduhan yang dinafikan negara itu. - Reuters

Berita Harian X