Selasa, 2 Julai 2019 | 1:45am
Polis Hong Kong berjaya mengambil alih semula parlimen daripada penunjuk perasaan, hari ini. - Foto EPA
Polis Hong Kong berjaya mengambil alih semula parlimen daripada penunjuk perasaan, hari ini. - Foto EPA

Polis Hong Kong ambil alih Parlimen daripada penunjuk perasaan

HONG KONG: Polis Hong Kong berjaya mengambil alih semula Parlimen daripada penunjuk perasaan, hari ini, selepas melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan ratusan orang yang berhimpun.

Sejak tiga minggu lalu, hab kewangan itu digegarkan tunjuk perasaan besar-besaran bagi membantah satu rang undang-undang yang membenarkan ekstradisi ke tanah besar China.

Lewat semalam, penunjuk perasaan yang lengkap bertopeng, selain memakai topi kuning memecah masuk ke dalam bangunan Parlimen, selepas bertempur dengan polis.

Mereka merosakkan bangunan itu dan menconteng dindingnya dengan lukisan grafiti bagi cabaran kepada pihak berkuasa bandar terbabit. - AFP

Berita Harian X