Jumaat, 14 Jun 2019 | 4:58pm

Suhu bakal cecah 68 darjah di Kuwait, seorang maut kepanasan melampau

KUWAIT CITY: Seorang lelaki meninggal dunia semalam di Kuwait akibat kepanasan melampau ketika negara itu berhadapan gelombang kepanasan.

Menurut akhbar Al Rai, polis dan ambulans berkejar apabila laporan diterima mengenai lelaki yang sakit, tetapi sudah meninggal dunia apabila mereka sampai.

Laporan forensik menunjukkan mangsa terlampau terdedah kepada matahari.

Sabtu lalu, Kuwait merekodkan suhu tertinggi di dunia, mencecah 52.2 darjah Celsius dalam bayang dan 63 darjah secara langsung, menurut akhbar Al Qabas.

Di Arab Saudi, raksa melonjak kepada 55 darjah Celsius di Al Mahmaah pada tengah hari.

Gelombang kepanasan dijangka berterusan sehingga musim panas, yang bermula 21 Jun ini.

Laman web Arabia Weather menyatakan gelombang kepanasan turut melanda Qatar, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu, dengan kepanasan diiringi kadar kelembapan tinggi.

Pakar kaji cuaca di Kuwait meramalkan musim panas teruk tahun ini, menyatakan suhu boleh mencecah 68 darjah bulan depan.

Berita Harian X