Rabu, 29 Mei 2019 | 9:04pm
Pesawat asing yang menggunakan ruang udara India terpaksa dilencongkan kerana mereka tidak boleh terbang di ruang udara Pakistan. Penutupan itu terutama menjejaskan penerbangan dari Eropah ke Asia Tenggara.-Foto Reuters
Pesawat asing yang menggunakan ruang udara India terpaksa dilencongkan kerana mereka tidak boleh terbang di ruang udara Pakistan. Penutupan itu terutama menjejaskan penerbangan dari Eropah ke Asia Tenggara.-Foto Reuters

Pakistan lanjut penutupan ruang udara di sempadan India

ISLAMABAD: Ruang udara Pakistan di sempadan timurnya dengan India akan kekal ditutup sehingga 14 Jun ini, kata seorang pegawai penerbangan awam hari ini, lanjutan penutupan beberapa bulan selepas pertelingkahan antara dua negara seteru itu.

Pakistan menutup ruang udaranya pada Februari lalu selepas serangan bunuh diri oleh kumpulan militan berpusat di negara itu ke atas Kashmir dikawal India menjurus misi pengeboman antara keduanya.

Pesawat asing yang menggunakan ruang udara India terpaksa dilencongkan kerana mereka tidak boleh terbang di ruang udara Pakistan. Penutupan itu terutama menjejaskan penerbangan dari Eropah ke Asia Tenggara.

“Penutupan akan berterusan sehingga 14 Jun,” kata seorang jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pakistan tanpa memberi butiran lanjut.

Pakistan terletak di tengah-tengah koridor penerbangan penting dan sekatan ruang udara itu menjejaskan ratusan pesawat komersial dan kargo setiap hari, menambah masa penerbangan kepada penumpang dan kos bahan api untuk syarikat penerbangan. -Reuters

Berita Harian X